PERBICANGAN

29.10.18

skima soalan 3 4 k1 pi 2018


Sejarah penubuhan kerajaan Bani Umayyah:

-     Saidina Ali mati dibunuh
-     Golongan Syiah melantik Saidina Hasan
-     Saidina Hasan tidak mampu menyelesaikan huru hara
-     Saidina Hasan  menyerahkan jawatan kepada Muawiyah
-     Muawiyah dilantik sebagai khalifah    




Dua faktor yang membawa kepada perkembangan pendidikan pada zaman Umaiyah

-     Khalifah Umayyah amat mengambil berat perkembangan pendidikan
-     Khalifah Abdul Malek bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu
-     Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
-     Bahasa  Arab adalah Bahasa pengantar utama pemerintahan Bani Umayyah


Imam al-Ghazali rahimullah adalah tokoh pemikir Islam  yang terkenal 
i. Dua karya agung beliau

  • Ihya' Ulumuddin
  • Tahafut al-Falasifah
  • Al-Munqizu min al-Dhalal

ii. Sumbangan beliau dalam perkembangan ilmu


  • Beliau telah menghasilkan kitab dalam pelbagai bidang seperti tasauf , ilmu kalam, falsafah , mantik , akhlak dan siasah
  • Pendokong yang menegakkan  dan mempejuangkan fahaman al-Assya'irah (الأشاعرة)
  • Menolak fahaman ahli falsafah yang meresap masuk dalam ilmu kalam

Dua tujuan berselawat:

- Supaya dikasihi dan disayangi oleh Allah.
- Untuk mendapat syafaat di akhirat.
- Untuk mendapat rahmat dan keampunan Allah.
Perbezaan di antara adab terhadap Rasulullah S.A.W.dan orang awam:
Adab dengan Rasulullah:
- Disuruh berselawat.
- Semua perkataan, perbuatan dan pengakuan
   nabi menjadi ikutan dan contoh kepada
   manusia.

Adab dengan orang awam:
- Tidak ada selawat.
- Tidak semua perkataan, perbuatan dan
   pengakuan menjadi contoh dan ikutan.








Dua pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan

-       Kerajaan Bani Umaiyah mengemaskini angkatan tenteranya dengan meniru corak gerakan tentera Parsi
-       Angkatan tentera terdiri daripada angkatan berkuda, pasukan berkenderaan dan pasukan berjalan kaki
-       Dewan Al-Jundi ditubuhkan untuk mentadbir dan menguru hal ehwal ketenteraan.


Kesan pendidikan zaman kerajaan Umaiyah kepada bangsa Eropah

-     Kota Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
-     Terdapat banyak perpustakaan di Andalus
-     Beberapa kolej dan universiti di bina di Andalus
-     Ramai pelajar dari Eropah datang ke Andalus untuk belajar pelbagai ilmu pengetahuan
Karya/ buku sarjana pada zaman Bani Umaiyah telah dibawa ke Eropah dan diterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan Perancis


  • Nama beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah Burdazbah al-Ja'fi al-bukhori (الجعفي البخاري)
    • Lahir pada tahun 194H/810M
    • Meninggal dunia pada 256H/870M ketika berusia 62 tahun
    • Tempat kelahiran beliau di Bukhoro
    • Bapanya meinggal dunia ketika beliau dalam kandungannya
    • Beliau digelar amirul mukminin di kalangan ahli hadis


  • Beliau mendapat pendidikan awal daripada ibunya
  • Ketika  beliau berumur 11 tahun, beliau telah menghafaz al-Quran
  • Ketika  beliau berumur 16 tahun, beliau telah menghafaz kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan Waki'
  • Ketika  beliau berumur 18 tahun, beliau mula menulis kitab mengenai hadis daripada sahabat dan perawi hadis
  • Beliau telah menemui lebih daripada 1000 orang guru dan perawi hadis
  • Beliau telah merantau selama 16 tahun ke baghdad, syam dan mesir untuk menutut ilmu
  • Menghafaz 100,000 hadis sahih dan 200,000 hadis tidak sahih


Dua adab berzikir kepada Allah S.W.T.:
-  Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.
-  Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas.
-  Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat di dalam nas al-Quran atau al-Sunnah.
-  Merasa kehebatan, kekuasaan dan keagungan Allah.
-  Mengunakan suara yang perlahan.
-  Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting.
-  Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat.

-  Tidak berzikir semasa qadha’ hajat.


Dua kesan beradab ketika berzikir:
-  Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
-  Mendapat ketenangan jiwa.
-  Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah.
-  Mendapat pahala.

skima akhir tahun 2018

 dari segi istilah : sasuatu barangan yang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman


2. SYARAT SAH GADAIAN :

· Harta yang digadai itu sah untuk dijual beli

· Orang yang mengadai dan yang menerima gadai, akil baligh

· Gadaian dibuat dengan kerelaan sendiri bukan paksaan

· Barang kepunyaan sendiri

· Tidak boleh merugikan oprang yang menggadai

· Tidak merugikan orang yang menerima gadai



3, PERKARA YANG MEMBATALKAN GADAIAN :

· Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai

· Penggadai telah membayar semua dengan hutangnya

· Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah

· Pemegang gadai membatalkan ( fasakh ) gadai walaupun tanpa pengatahuan penggadai

· Penggadai meninggal dunia

· Barang yang digadai rosak

· Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain.

3,b. 
HIKMAH DIHARUSKAN BERHUTANG :
  • membantu golongan yang susah
  • mengelak daripada sikap malas dan suka meminta-meminta secara percuma
  • menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak
  • memberi peluang orang miskin membaiki taraf ekonomi mereka

3.b. ii
Insurans secara Islam
Insurans secara Bukan Islam
1. Tidak ada unsur gharar
2. Tidak ada unsur judi
3. Tidak ada unsur riba
1. Ada unsur gharar
2. Ada unsur judi
3. Ada unsur riba
3.c.  sat18
Isi
(1m)
Masa depan belia akan gelap dan tiada hala tuju
Huraian
(1m)
Kerana dibebani dengan hutang yang banyak
Huraian Lengkap
(1m)
Ini disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu mengakibatkan diri dalam kesusahan.
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, hendaklah kita merancang pengurusan kewangan dan elakkan boros berbelanja.

skima akhir tahun 2018

  taubat bermaksud kembali semula taat kepada perintah Allah setelah menyesal melanggar perintahNya atau larangnya.

Dua cara bertaubat:
- Menyesal terhadap maksiat
- Berhenti melakukan maksiat
- Berazam tidak akan melakukan lagi
- Memohon maaf sesama manusia sekiranya kesalahan melibatkan orang lain
 -Bertaubat dengan rasa keikhlasan



Dua hikmat taubat:
- Mendapat keampunan dari Allah/petunjuk Allah S.W.T
- Mendapat ketenangan jiwa
- Dapat kembali ke jalan yang benar
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah
- Dapat balasan syurga/dikasihi Allah
- Mengembalikan silaturrahim
- Meningkatkan keimanan


Dua keadaan taubat tidak diterima Allah S.W.T:
- Berterusan melakukan maksiat
- Taubat tidak bersungguh-sungguh
- Taubat tidak ikhlas
- Ketika hampir mati/nazak



Contoh jawapan KBAT  - 

Isi
(1m)
Negara akan aman dan makmur
Huraian
(1m)
Kerana rakyat tidak lagi melakukan kejahatan dan jenayah /dosa
Huraian Lengkap
(1m)
dapat beri tumpuan kepada pembangunan dan kemajuan
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, setiap individu perlu  taat kepada Allah agar kerajaan tidak perlu lagi bersusah membenteras perbuatan jemayah.
Contoh jawapan KBAT  - 





Maksud membunuh diri:
- Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

Dua punca seseorang membunuh diri:
- Putus asa dengan rahmat Allah S.W.T
- Tidak yakin dengan kehidupan akhirat
- Tidak sanggup menghadapi kegagalan
- Menganggap dengan membunuh diri dapat selesai masalah

pengasingan penagih dadah

Isi
(1m)
Setuju / tidak setuju dengan cadangan tersebut
Huraian
(1m)
Supaya tiada pihak dapat berjumpa dengan mereka./ bertentangan dengan rinsp kemanusiaan
Huraian Lengkap
(1m)
Ini dapat memastikan mereka benar-benar dapat meninggalkan tabiat tersebut. / menasingkan dari ahli keluarga
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia jika mereka kembali semula.

Beza antara penzina muhsan dan bukan muhsan:
Penzina muhsan- penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah
Penzina bukan muhsan- penzina yang belum berkahwin

Kesan zina kepada individu:
- Menjatuhkan maruah diri
- Merebaknya pelbagai penyakit berbahaya
- Berlakunya jenayah seperti pembuangan bayi
- Dapat kemurkaan Allah S.W.T
- Melahirkan generasi yang tidak jelas nasabnya

Langkah mengatasi masalah arak dan dadah:
- Mengadakan kempen dan penerangan
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Memberi didikan agama yang secukupnya
- Memberi kasih sayang secukupnya kepada anak
- Elak pergaulan dengan penagih dadah


Dua faktor berlaku liwat:
- Kurang didikan agama
- Pengaruh media
- Pergaulan bebas
- Tiada undang-undang yang tegas

Dua akibat liwat:
- Rumahtangga porak peranda
- Anak-anak terabai
- Dihina masyarakat
- Berlaku permusuhan keluarga
- Merebaknya penyakit seperti Aids

taubatk1   taubat
Contoh jawapan KBAT  - 


Isi
(1m)
Silap faham tentang konsep taubat / ingin berseronok dahulu
Huraian
(1m)
Beranggapan umur akan panjang / bila tua baru bertaubat
Huraian Lengkap
(1m)
Seharusnya bertaubat bila terlanjur melakukan dosa
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, Perlu bersedia setiap masa kerana kematian tidak mengira muda atau tua .

Isi
(1m)
Setuju / tidak setuju dengan cadangan tersebut
Huraian
(1m)
Supaya tiada pihak dapat berjumpa dengan mereka./ bertentangan dengan rinsp kemanusiaan
Huraian Lengkap
(1m)
Ini dapat memastikan mereka benar-benar dapat meninggalkan tabiat tersebut. / menasingkan dari ahli keluarga
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia jika mereka kembali semula.
Contoh jawapan KBAT  - 

Isi
(1m)
Mengawal kemasukan budaya K-Pop
Huraian
(1m)
Supaya remaja terikut
Huraian Lengkap
(1m)
Mengharamkan / menyekat konsert / menghentikan siaran di media elektronik
Kesimpulan
(1m)
Oleh itu, satu hiburan alternatif  lain yang tidak bercanggah dengan Islam diperlukan

26.9.17

SOALAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM 2017


KELANTAN  SOALAN KERTAS 1   SOALAN KERTAS 2  SKIMA K1  SKIMA K2

TERENGGANU  SOALAN K1  SOALAN K2    SKIMA K1   SKIMA K2

PERAK   SOALAN K1  SOALAN K2   SKIMA K1   SKIMA K2

SABAH  SOALAN K1  SOALAN K2  SKIMA K1  SKIMA K2

PERLIS SOALAN DAN SKIMA


_________________________________________________________________
PERCUBAAN 2016
Percubaan Kelantan : Kertas 1  SOALAN 1   S2   S3   S4

Percubaan Kelantan : Kertas 2

Percubaan Kelantan : Skima 

Percubaan Terengganu : Kertas 1 SOALAN 1   S2  S3  S4

Percubaan Terengganu : Skima

Syarat-syarat Taubat


·        menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
·        berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera
·        berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut
·        memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia
AKIDAH T4 

t4Taubat

Cara bertaubat


          Menyesal terhadap maksiat
         Berhenti melakukan maksiat
         Berazam tidak akan melakukan lagi
         Memohon maaf sesama manusia sekiranya kesalahan melibatkan orang lain
         Lafaz istighfar dan solat taubat adalah di antara cara bertaubat yang digalakkan
         Bertaubat dengan rasa keikhlasan tanpa paksaan.

AKIDAH T4

t4Taubat

Implikasi terhadap orang yang tidak bertaubat

  • amalannya tidak akan diterima oleh Allah SWT kerana berterusan melakukan dosa 
  • hidup dimurkai Allah SWT kerana melakukan maksiat 
  • dibenci atau disisihkan masyarakat kerana berakhlak buruk 
  • sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana tiada keberkatan 
AKIDAH T4
t4Taubat   t4Taubat

Hikmah Taubat


·        memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
·        memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat
·        mendapat keampuan serta petunjuk Allah

·        memberi peluang kepada pelaku dosa mendekatkan diri kepada Allah  

AKIDAH T4

t4Taubat

6.8.17

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur anda singgah di Ayer Keroh membeli durian. Sampai di rumah, empat daripada sepuluh biji durian yang anda beli, buruk dan tidak elok. 

Sebagai seorang pengguna bijak apakah tindakan anda untuk memberi pengajaran kepada peniaga yang suka menipu.
ktt4
Contoh jawapan

Membuat laporan kepada persatuan pengguna kerana ada penipuan dalam masyarakat . Dengan cara ini, pengguna lain tidak tertipu jika penjual tersebut diambil tindakan yang sewajarnya . Oleh itu, kita hendaklah bertanggungjawab melaporkan sebarang penipuan agar pengguna tidak berasa kecewa.

kbat spm pi penislam




Ramalkan apakah yang akan berlaku jika perkara ini berterusan.
ktt4
Contoh jawapan

Pengguna akan berada dalam kesusahan kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut terutama ketika dalam kecemasan .Sebagai contoh, untuk menghubungi pihak polis, hospital atau bomba, menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan disaat mereka sangat memerlukan. Oleh itu, hendaklah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin agar ia dapat digunakan oleh orang ramai  serta melaporkan sebarang  vandalisme yang berlaku.

contt0h sooalan dajawat kbat spm

Rakan sekelas anda meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Anda sebagai ketua kelas akan menziarahi jenazah selepas waktu persekolahan. Cadangkan nasihat anda kepada rakan sekelas apabila berada di rumah jenazah.
ktt4
Contoh jawapan
Hendaklah bersabar dengan musibah yang diterima olah Allah SWT, kerana setiap musibah semuanya adalah ketentuan tuhan. Semoga keyakinan seperti ini menepati  dengan hadis Rasulullah SAW "sabar itu separuh dari iman" . Oleh itu, kita hendaklah yakin dengan kehendak Allah SWT dengan  sabar agar tergolong dari kalangan orang-orang yang beriman

CONTOH JAWAPAN KBAT SPM



Terdapat pihak atau golongan yang secara terang-terangan menghina dan memperlekehkan Rasulullah s.a.w. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyaatan dalam facebook yang mengguris perasaan umat Islam. 

Ramalkan bagaimana keadaan masyarakat sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan.

KBATT4  ktt4
CONTOH JAWAPAN
Masyarakat akan berpecah belah kerana umat Islam tetap mempertahan Rasulullah s.a.w. Seterusnya akan mengakibatkan tiada kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat. Oleh itu pihak yang berwajib dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani isu tersebut seperti firman Allah yang bermaksud “ bekerjasamalah dalam melakukan kebaikan dan bertaqwa”

1.3.17

Sebagai seorang pelajar,
bagaimanakah anda dapat
mencontohi sikap tegas Imam
Malik rahimahullah dalam
menuntut ilmu.

Berusaha/rajin bertanya guru sekiranya tidak
memahami sesuatu perkara.
 Menghadirkan diri ke majlis –majlis ilmu di
masjid/surau.
 Bersikap proaktif/membuat persediaan terlebih
dahulu sebelum mempelajari sesuatu tajuk.
 Berani menegur sekiranya terdapat perkara-perkara
yang bertentangan dengan syarak.

13.11.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 3

3.a.i.
 Memerangi golongan murtad , gerakan nabi-nabi palsu dan golongan yang ingkar membayar zakat adalah polisi Khalifah Abu Bakar al-Siddik sebaik sahaja sahaja dilantik menjadi khalifah
  • Gejala murtad akan bermaharajalela dan tidak dapat dibendung kerana umat Islam akan memandang remeh perkara-perkara yang boleh membawa kepada murtad seperti mengaku nabi dan tindakan yang  menggerunkan pesalah seterusnya mencemarkan kesucian Islam. Oleh itu polisi khalifah Abu Bakar memerangi golongan murtad dapat menjaga kesucian Islam.
3.b.ii. Polisi Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan
  • Melantik Khalifah selepasnya untuk memelihara perpaduan umat Islam
3.b.














3.

































3.c.iii

Hujah umat mesti menjaga alam sekitar













  • Jika generasi hari ini mengabaikan kefahaman terhadap Islam , iman menjadi lemah .Ini akan mencetuskan kecelaruan dalam masyarakat kerana hidup tanpa panduan. Ini menyebabkan mereka terdedah dengan budaya negatif  yang menyesatkan. Oleh itu kita perlu berpegang dengan ajaran Islam yang mamasa mpu meneraju negara pada akan datang

24.10.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 1




1.a.i. Maksud munafik ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur kapada Allah.

1.a.ii. Dua ciri orang bersikap munafik

  • Apabila bercakap dia berdusta
  • Apabila diberi amanah dia khianati
  • Apabila berjanji dia mungkiri
  • Apabila bertengkar dia melampau
1.a.iii. Ramalkan sekiranya di dalam kelas ada yang munafik
  • Sekiranya terdapat orang yang mengamalkan sikap nifak di dalam kelas maka akan sering kehilangan barang, pergaduhan dan seumpamanya. Perkara ini berlaku disebabkan iri hati dan cemburu dikalangan setengah pelajar di dalam kelas tersebut. Kesannya kelas tersebut huru hara dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan sempurna. Kesimpulannya , sebagai pelajar Islam kita hendaklah menjauhi sikap nifak ini agar hidup lebih sempurna di dunia dan akhirat.
1.b.i. Dua kesan keimanan selain kesan di atas
  • Membentuk keperibadian mulia
  • Berusaha bersungguh-sungguh membangunkan diri
  • Sentiasa meningkatkan amalan sunat
1.b.ii.  Dua ciri kemanisan iman seperti dalam Hadis Rasulullah SAW
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
  • Mengsihi sesama manusia kerana Allah
  • Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
1.b.iii. Dua akibat tidak mendapat kemanisan iman
  • Tidak mengecapi nikmat ibadat
  • Malas untuk beribadat
  • Mudah terjebak dengan akhlak yang keji
  • Tiada ketahanan untuk melawangodaan syaitan 

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS 1B : SOALAN 2

2.a.i. Maksud gadaian  ialah suatu berang benilai dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman

2.a.ii. Dua syarat sah barang gadaian ialah
  • Barang gadaian sah untuk dijual beli
  • Barang gadaian hendaklah kepunyaan penggadai
2.a.iii. Gadaian mampu menjana ekonomi umat Islam
  • Gadaian mampu menjana ekonomi umat islam kerana melaluinya seseorang boleh mendapatkan  harta modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi yang lebih menguntunnkan. Ini kerana aset yang dimiliki seperti tanah atau rumah dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman untuk menceburi perniagaan. Oleh itu kita mesti berjihad untuk  meningkatkan ekonomi orang Islam seperti yang disarankan oleh Islam.  
2.b.i. Dua contoh perbuatan nusyuz

  • Isteri enggan melayan suami di tempat tiduI
  • Isteri keluar rumah tanpa izin suami
2.b.ii. Dua faktor perbuatan nusyuz sering berlaku
  • Cetek pengetahuan agama di kalangan suami isteri
  • Tidak ada tolak ansur antara suami isteri
 2.b.iii.
  •  Puan Kalsom perlu berbincang dengan suami tentang tanggungjawabnya. Jika tidak berkesan adukan masalah ke Pejabat Agama . Jika tidak berkesan Puan Kalsom boleh berbincang dengan Pejabat Agama untuk tuntut fasakh. Kesimpulannya Puan kalsom perlu tahu haknya sebagai isteri perlu mendapat nasihat daripada pihak berwibawa

21.10.16

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 4


4.a.i.  perkembangan sains dan teknologi   pada zaman Asibbasiah
  • aktiviti penterjemahan yang pesat merangkumi pelbagai bidang
  • Galakan para khalifah yang amat mitik beratkan perkembangan ilmu
  • Proses globalisasi ilmu
4.a.ii. Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada umat Islam
  • Kehidupan umat Islam menjadi lebih maju
  • Telah meningkat keimanan umat Islam kepada penciptanya
  • Status umat Islam amat tinggi di mata masyarakat dunia sehingga ramai tertarik memeluk Islam
4.b.i. Dua keperibadian Imam Malik
  • Mempunyai pandangan yang bernas 
  • Memiliki pendirian yang teguh dan bijak 
  • Berbudi bahasa , sopan dan lemah lembut 
  • Seorang mengiringi orang sakit dan mengiringi jenazah 
  • Tidak suka mencela orang lain 
  • Tawaduk dan tidak pernah menunggang kuda ketika di Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah.
4.b.ii. Sumbangan Imam Malik kepada umat Islam
  • Pendokong aliran mazhab Maliki yang masih diamalkan oleh umat islam pada masa kini
  • Beliau menghasilkan kitab-kitab terutamanya dalam bidang Hadis dan Fekah melalui karya-karyanya seperti kitab al-Muatta'
  • Guru yang terkenal di Masjid Nabawi semenjak beliau berusia 17 
  • Karya beliau Kitab al-Muatta' telah dijadikan rujukan terutamanya dalam bidang hadis, fekah dan tafsir
4.c.i. Dua punca pencemaran alam

  • Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
  • Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat
  • Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi
4.c.ii. Usaha yang dapat saya lakukan untuk memelihara alam
  • Mengadakan kempen menjaga alam sekitar diperingkat sekolah
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang merosakkan alam sekitar
  • Membuang sampah ditempat yang disediakan agar alam sekitar terpelihara 
4.c.iii. Pencemaran alam membawa bencana kepada manusia. Berikan hujah anda.
  • Pencemaran udara daripada daripada pembakaran terbuka dan asap kilang menyebabkan manusia mengalami masalah pernafasan sehingga membawa kepada kematian. Secara tuntasnya, pencemaran alam akan menjadi kehidupan alam ini  akan tidak selamat untuk didiami.

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 3




3.a.i. Dua faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir negara
  • Kestabilan ekonomi yang mantap dapat membangunkan negara
  • Ketenteraan yang kuat dan berdisiplin dapat menjaga keamanan negara
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan rakyat untuk mempertahankan agama islam
  • Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat telah melicinkan pentadbiran negara
3.a.ii. Dua peranan generasi sekarang untuk mengembalikan kegemilangan Islam
  • Menuntut ilmu pengetahuan dengan besungguh-sungguh 
  • Menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang 
  • Berusaha untuk menjadi rujukan kepada orang ramai
  • Mengamalkan akhlak terpuji dalam kehidupan
  • Mengelakkan diri daripada perkara negatif  yang merosakkan masa depan
3.b.i. Riwayat hidup Jamaludin Al-Afghani;
  • Nama penuh beliau ialah Sayyid Jamaludin bin Safdar Al-Afghani. 
  • Dilahirkan pada tahun 1254H/1838M 
  • Tempat lahir beliau ialah perkampungan As’ad Abad,Kabul 
  • digelar ‘Sayyid’ kerana salsilah keturunan beliau bersambung dengan Ali k.w. dan Rasulullah s.a.w. juga bersambung dengan Imam At-Tarmizi,ulama hadis yang terkenal. 
  • Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M(60 tahun)

3.b.ii. Dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan Islam;
  • Merupakan penggerak perjuangan menentang penjajah.
  • Telah merantau ke beberapa buah Negara untuk menyatukan umat Islam dan mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah melalui pidatonya yang bernas.
  • Menghasilkan karya ilmiah yang bermutu untuk tatapan umat Islam hingga kini.
3.c.i. Dua adab dengan Rasulullah
  • Berselawat kepada Nabi
  • menziarahi makam Rasulullah
  • Mengasihi para sahabat Baginda
  • Beriltizam dengan sunnah Rasulullah
3.c.ii. Dua kerugian terhadap orang yang mengabaikan adab dengan Rasulullah
  • Tidak syafaat Rasulullah di akhirat nanti
  • terhapus pahala dan kebaikan
3.c.iii. Sebab umat islam diperintahkan beramal dengan  sunnah Rasulullah SAW
  • Umat  islam mesti mengikut segala Sunnah Rasulullah SAW . kerana Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang baik. Namun begitu kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran islam. Oleh itu , kita hendaklah beriltizam dengan amalan sunnah nabi.