PERBICANGAN

24.10.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 1




1.a.i. Maksud munafik ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur kapada Allah.

1.a.ii. Dua ciri orang bersikap munafik

  • Apabila bercakap dia berdusta
  • Apabila diberi amanah dia khianati
  • Apabila berjanji dia mungkiri
  • Apabila bertengkar dia melampau
1.a.iii. Ramalkan sekiranya di dalam kelas ada yang munafik
  • Sekiranya terdapat orang yang mengamalkan sikap nifak di dalam kelas maka akan sering kehilangan barang, pergaduhan dan seumpamanya. Perkara ini berlaku disebabkan iri hati dan cemburu dikalangan setengah pelajar di dalam kelas tersebut. Kesannya kelas tersebut huru hara dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan sempurna. Kesimpulannya , sebagai pelajar Islam kita hendaklah menjauhi sikap nifak ini agar hidup lebih sempurna di dunia dan akhirat.
1.b.i. Dua kesan keimanan selain kesan di atas
  • Membentuk keperibadian mulia
  • Berusaha bersungguh-sungguh membangunkan diri
  • Sentiasa meningkatkan amalan sunat
1.b.ii.  Dua ciri kemanisan iman seperti dalam Hadis Rasulullah SAW
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
  • Mengsihi sesama manusia kerana Allah
  • Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
1.b.iii. Dua akibat tidak mendapat kemanisan iman
  • Tidak mengecapi nikmat ibadat
  • Malas untuk beribadat
  • Mudah terjebak dengan akhlak yang keji
  • Tiada ketahanan untuk melawangodaan syaitan