PERBICANGAN

21.10.16

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 3




3.a.i. Dua faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir negara
  • Kestabilan ekonomi yang mantap dapat membangunkan negara
  • Ketenteraan yang kuat dan berdisiplin dapat menjaga keamanan negara
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan rakyat untuk mempertahankan agama islam
  • Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat telah melicinkan pentadbiran negara
3.a.ii. Dua peranan generasi sekarang untuk mengembalikan kegemilangan Islam
  • Menuntut ilmu pengetahuan dengan besungguh-sungguh 
  • Menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang 
  • Berusaha untuk menjadi rujukan kepada orang ramai
  • Mengamalkan akhlak terpuji dalam kehidupan
  • Mengelakkan diri daripada perkara negatif  yang merosakkan masa depan
3.b.i. Riwayat hidup Jamaludin Al-Afghani;
  • Nama penuh beliau ialah Sayyid Jamaludin bin Safdar Al-Afghani. 
  • Dilahirkan pada tahun 1254H/1838M 
  • Tempat lahir beliau ialah perkampungan As’ad Abad,Kabul 
  • digelar ‘Sayyid’ kerana salsilah keturunan beliau bersambung dengan Ali k.w. dan Rasulullah s.a.w. juga bersambung dengan Imam At-Tarmizi,ulama hadis yang terkenal. 
  • Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M(60 tahun)

3.b.ii. Dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan Islam;
  • Merupakan penggerak perjuangan menentang penjajah.
  • Telah merantau ke beberapa buah Negara untuk menyatukan umat Islam dan mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah melalui pidatonya yang bernas.
  • Menghasilkan karya ilmiah yang bermutu untuk tatapan umat Islam hingga kini.
3.c.i. Dua adab dengan Rasulullah
  • Berselawat kepada Nabi
  • menziarahi makam Rasulullah
  • Mengasihi para sahabat Baginda
  • Beriltizam dengan sunnah Rasulullah
3.c.ii. Dua kerugian terhadap orang yang mengabaikan adab dengan Rasulullah
  • Tidak syafaat Rasulullah di akhirat nanti
  • terhapus pahala dan kebaikan
3.c.iii. Sebab umat islam diperintahkan beramal dengan  sunnah Rasulullah SAW
  • Umat  islam mesti mengikut segala Sunnah Rasulullah SAW . kerana Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang baik. Namun begitu kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran islam. Oleh itu , kita hendaklah beriltizam dengan amalan sunnah nabi.