PERBICANGAN

24.10.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 1




1.a.i. Maksud munafik ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur kapada Allah.

1.a.ii. Dua ciri orang bersikap munafik

  • Apabila bercakap dia berdusta
  • Apabila diberi amanah dia khianati
  • Apabila berjanji dia mungkiri
  • Apabila bertengkar dia melampau
1.a.iii. Ramalkan sekiranya di dalam kelas ada yang munafik
  • Sekiranya terdapat orang yang mengamalkan sikap nifak di dalam kelas maka akan sering kehilangan barang, pergaduhan dan seumpamanya. Perkara ini berlaku disebabkan iri hati dan cemburu dikalangan setengah pelajar di dalam kelas tersebut. Kesannya kelas tersebut huru hara dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan sempurna. Kesimpulannya , sebagai pelajar Islam kita hendaklah menjauhi sikap nifak ini agar hidup lebih sempurna di dunia dan akhirat.
1.b.i. Dua kesan keimanan selain kesan di atas
  • Membentuk keperibadian mulia
  • Berusaha bersungguh-sungguh membangunkan diri
  • Sentiasa meningkatkan amalan sunat
1.b.ii.  Dua ciri kemanisan iman seperti dalam Hadis Rasulullah SAW
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
  • Mengsihi sesama manusia kerana Allah
  • Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
1.b.iii. Dua akibat tidak mendapat kemanisan iman
  • Tidak mengecapi nikmat ibadat
  • Malas untuk beribadat
  • Mudah terjebak dengan akhlak yang keji
  • Tiada ketahanan untuk melawangodaan syaitan 

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS 1B : SOALAN 2

2.a.i. Maksud gadaian  ialah suatu berang benilai dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman

2.a.ii. Dua syarat sah barang gadaian ialah
  • Barang gadaian sah untuk dijual beli
  • Barang gadaian hendaklah kepunyaan penggadai
2.a.iii. Gadaian mampu menjana ekonomi umat Islam
  • Gadaian mampu menjana ekonomi umat islam kerana melaluinya seseorang boleh mendapatkan  harta modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi yang lebih menguntunnkan. Ini kerana aset yang dimiliki seperti tanah atau rumah dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman untuk menceburi perniagaan. Oleh itu kita mesti berjihad untuk  meningkatkan ekonomi orang Islam seperti yang disarankan oleh Islam.  
2.b.i. Dua contoh perbuatan nusyuz

  • Isteri enggan melayan suami di tempat tiduI
  • Isteri keluar rumah tanpa izin suami
2.b.ii. Dua faktor perbuatan nusyuz sering berlaku
  • Cetek pengetahuan agama di kalangan suami isteri
  • Tidak ada tolak ansur antara suami isteri
 2.b.iii.
  •  Puan Kalsom perlu berbincang dengan suami tentang tanggungjawabnya. Jika tidak berkesan adukan masalah ke Pejabat Agama . Jika tidak berkesan Puan Kalsom boleh berbincang dengan Pejabat Agama untuk tuntut fasakh. Kesimpulannya Puan kalsom perlu tahu haknya sebagai isteri perlu mendapat nasihat daripada pihak berwibawa

21.10.16

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 4


4.a.i.  perkembangan sains dan teknologi   pada zaman Asibbasiah
  • aktiviti penterjemahan yang pesat merangkumi pelbagai bidang
  • Galakan para khalifah yang amat mitik beratkan perkembangan ilmu
  • Proses globalisasi ilmu
4.a.ii. Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada umat Islam
  • Kehidupan umat Islam menjadi lebih maju
  • Telah meningkat keimanan umat Islam kepada penciptanya
  • Status umat Islam amat tinggi di mata masyarakat dunia sehingga ramai tertarik memeluk Islam
4.b.i. Dua keperibadian Imam Malik
  • Mempunyai pandangan yang bernas 
  • Memiliki pendirian yang teguh dan bijak 
  • Berbudi bahasa , sopan dan lemah lembut 
  • Seorang mengiringi orang sakit dan mengiringi jenazah 
  • Tidak suka mencela orang lain 
  • Tawaduk dan tidak pernah menunggang kuda ketika di Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah.
4.b.ii. Sumbangan Imam Malik kepada umat Islam
  • Pendokong aliran mazhab Maliki yang masih diamalkan oleh umat islam pada masa kini
  • Beliau menghasilkan kitab-kitab terutamanya dalam bidang Hadis dan Fekah melalui karya-karyanya seperti kitab al-Muatta'
  • Guru yang terkenal di Masjid Nabawi semenjak beliau berusia 17 
  • Karya beliau Kitab al-Muatta' telah dijadikan rujukan terutamanya dalam bidang hadis, fekah dan tafsir
4.c.i. Dua punca pencemaran alam

  • Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
  • Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat
  • Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi
4.c.ii. Usaha yang dapat saya lakukan untuk memelihara alam
  • Mengadakan kempen menjaga alam sekitar diperingkat sekolah
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang merosakkan alam sekitar
  • Membuang sampah ditempat yang disediakan agar alam sekitar terpelihara 
4.c.iii. Pencemaran alam membawa bencana kepada manusia. Berikan hujah anda.
  • Pencemaran udara daripada daripada pembakaran terbuka dan asap kilang menyebabkan manusia mengalami masalah pernafasan sehingga membawa kepada kematian. Secara tuntasnya, pencemaran alam akan menjadi kehidupan alam ini  akan tidak selamat untuk didiami.

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 3




3.a.i. Dua faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir negara
  • Kestabilan ekonomi yang mantap dapat membangunkan negara
  • Ketenteraan yang kuat dan berdisiplin dapat menjaga keamanan negara
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan rakyat untuk mempertahankan agama islam
  • Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat telah melicinkan pentadbiran negara
3.a.ii. Dua peranan generasi sekarang untuk mengembalikan kegemilangan Islam
  • Menuntut ilmu pengetahuan dengan besungguh-sungguh 
  • Menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang 
  • Berusaha untuk menjadi rujukan kepada orang ramai
  • Mengamalkan akhlak terpuji dalam kehidupan
  • Mengelakkan diri daripada perkara negatif  yang merosakkan masa depan
3.b.i. Riwayat hidup Jamaludin Al-Afghani;
  • Nama penuh beliau ialah Sayyid Jamaludin bin Safdar Al-Afghani. 
  • Dilahirkan pada tahun 1254H/1838M 
  • Tempat lahir beliau ialah perkampungan As’ad Abad,Kabul 
  • digelar ‘Sayyid’ kerana salsilah keturunan beliau bersambung dengan Ali k.w. dan Rasulullah s.a.w. juga bersambung dengan Imam At-Tarmizi,ulama hadis yang terkenal. 
  • Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M(60 tahun)

3.b.ii. Dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan Islam;
  • Merupakan penggerak perjuangan menentang penjajah.
  • Telah merantau ke beberapa buah Negara untuk menyatukan umat Islam dan mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah melalui pidatonya yang bernas.
  • Menghasilkan karya ilmiah yang bermutu untuk tatapan umat Islam hingga kini.
3.c.i. Dua adab dengan Rasulullah
  • Berselawat kepada Nabi
  • menziarahi makam Rasulullah
  • Mengasihi para sahabat Baginda
  • Beriltizam dengan sunnah Rasulullah
3.c.ii. Dua kerugian terhadap orang yang mengabaikan adab dengan Rasulullah
  • Tidak syafaat Rasulullah di akhirat nanti
  • terhapus pahala dan kebaikan
3.c.iii. Sebab umat islam diperintahkan beramal dengan  sunnah Rasulullah SAW
  • Umat  islam mesti mengikut segala Sunnah Rasulullah SAW . kerana Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang baik. Namun begitu kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran islam. Oleh itu , kita hendaklah beriltizam dengan amalan sunnah nabi.