PERBICANGAN

13.11.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 3

3.a.i.
 Memerangi golongan murtad , gerakan nabi-nabi palsu dan golongan yang ingkar membayar zakat adalah polisi Khalifah Abu Bakar al-Siddik sebaik sahaja sahaja dilantik menjadi khalifah
  • Gejala murtad akan bermaharajalela dan tidak dapat dibendung kerana umat Islam akan memandang remeh perkara-perkara yang boleh membawa kepada murtad seperti mengaku nabi dan tindakan yang  menggerunkan pesalah seterusnya mencemarkan kesucian Islam. Oleh itu polisi khalifah Abu Bakar memerangi golongan murtad dapat menjaga kesucian Islam.
3.b.ii. Polisi Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan
  • Melantik Khalifah selepasnya untuk memelihara perpaduan umat Islam
3.b.














3.

































3.c.iii

Hujah umat mesti menjaga alam sekitar













  • Jika generasi hari ini mengabaikan kefahaman terhadap Islam , iman menjadi lemah .Ini akan mencetuskan kecelaruan dalam masyarakat kerana hidup tanpa panduan. Ini menyebabkan mereka terdedah dengan budaya negatif  yang menyesatkan. Oleh itu kita perlu berpegang dengan ajaran Islam yang mamasa mpu meneraju negara pada akan datang

24.10.16

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS1B : SOALAN 1




1.a.i. Maksud munafik ialah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hatinya tetap kufur kapada Allah.

1.a.ii. Dua ciri orang bersikap munafik

  • Apabila bercakap dia berdusta
  • Apabila diberi amanah dia khianati
  • Apabila berjanji dia mungkiri
  • Apabila bertengkar dia melampau
1.a.iii. Ramalkan sekiranya di dalam kelas ada yang munafik
  • Sekiranya terdapat orang yang mengamalkan sikap nifak di dalam kelas maka akan sering kehilangan barang, pergaduhan dan seumpamanya. Perkara ini berlaku disebabkan iri hati dan cemburu dikalangan setengah pelajar di dalam kelas tersebut. Kesannya kelas tersebut huru hara dan pembelajaran tidak akan berlaku dengan sempurna. Kesimpulannya , sebagai pelajar Islam kita hendaklah menjauhi sikap nifak ini agar hidup lebih sempurna di dunia dan akhirat.
1.b.i. Dua kesan keimanan selain kesan di atas
  • Membentuk keperibadian mulia
  • Berusaha bersungguh-sungguh membangunkan diri
  • Sentiasa meningkatkan amalan sunat
1.b.ii.  Dua ciri kemanisan iman seperti dalam Hadis Rasulullah SAW
  • Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
  • Mengsihi sesama manusia kerana Allah
  • Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka
1.b.iii. Dua akibat tidak mendapat kemanisan iman
  • Tidak mengecapi nikmat ibadat
  • Malas untuk beribadat
  • Mudah terjebak dengan akhlak yang keji
  • Tiada ketahanan untuk melawangodaan syaitan 

PERCUBAAN TERENGGANU 2016 KERTAS 1B : SOALAN 2

2.a.i. Maksud gadaian  ialah suatu berang benilai dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman

2.a.ii. Dua syarat sah barang gadaian ialah
  • Barang gadaian sah untuk dijual beli
  • Barang gadaian hendaklah kepunyaan penggadai
2.a.iii. Gadaian mampu menjana ekonomi umat Islam
  • Gadaian mampu menjana ekonomi umat islam kerana melaluinya seseorang boleh mendapatkan  harta modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi yang lebih menguntunnkan. Ini kerana aset yang dimiliki seperti tanah atau rumah dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman untuk menceburi perniagaan. Oleh itu kita mesti berjihad untuk  meningkatkan ekonomi orang Islam seperti yang disarankan oleh Islam.  
2.b.i. Dua contoh perbuatan nusyuz

  • Isteri enggan melayan suami di tempat tiduI
  • Isteri keluar rumah tanpa izin suami
2.b.ii. Dua faktor perbuatan nusyuz sering berlaku
  • Cetek pengetahuan agama di kalangan suami isteri
  • Tidak ada tolak ansur antara suami isteri
 2.b.iii.
  •  Puan Kalsom perlu berbincang dengan suami tentang tanggungjawabnya. Jika tidak berkesan adukan masalah ke Pejabat Agama . Jika tidak berkesan Puan Kalsom boleh berbincang dengan Pejabat Agama untuk tuntut fasakh. Kesimpulannya Puan kalsom perlu tahu haknya sebagai isteri perlu mendapat nasihat daripada pihak berwibawa

21.10.16

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 4


4.a.i.  perkembangan sains dan teknologi   pada zaman Asibbasiah
  • aktiviti penterjemahan yang pesat merangkumi pelbagai bidang
  • Galakan para khalifah yang amat mitik beratkan perkembangan ilmu
  • Proses globalisasi ilmu
4.a.ii. Kesan perkembangan sains dan teknologi kepada umat Islam
  • Kehidupan umat Islam menjadi lebih maju
  • Telah meningkat keimanan umat Islam kepada penciptanya
  • Status umat Islam amat tinggi di mata masyarakat dunia sehingga ramai tertarik memeluk Islam
4.b.i. Dua keperibadian Imam Malik
  • Mempunyai pandangan yang bernas 
  • Memiliki pendirian yang teguh dan bijak 
  • Berbudi bahasa , sopan dan lemah lembut 
  • Seorang mengiringi orang sakit dan mengiringi jenazah 
  • Tidak suka mencela orang lain 
  • Tawaduk dan tidak pernah menunggang kuda ketika di Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah.
4.b.ii. Sumbangan Imam Malik kepada umat Islam
  • Pendokong aliran mazhab Maliki yang masih diamalkan oleh umat islam pada masa kini
  • Beliau menghasilkan kitab-kitab terutamanya dalam bidang Hadis dan Fekah melalui karya-karyanya seperti kitab al-Muatta'
  • Guru yang terkenal di Masjid Nabawi semenjak beliau berusia 17 
  • Karya beliau Kitab al-Muatta' telah dijadikan rujukan terutamanya dalam bidang hadis, fekah dan tafsir
4.c.i. Dua punca pencemaran alam

  • Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
  • Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat
  • Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi
4.c.ii. Usaha yang dapat saya lakukan untuk memelihara alam
  • Mengadakan kempen menjaga alam sekitar diperingkat sekolah
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang merosakkan alam sekitar
  • Membuang sampah ditempat yang disediakan agar alam sekitar terpelihara 
4.c.iii. Pencemaran alam membawa bencana kepada manusia. Berikan hujah anda.
  • Pencemaran udara daripada daripada pembakaran terbuka dan asap kilang menyebabkan manusia mengalami masalah pernafasan sehingga membawa kepada kematian. Secara tuntasnya, pencemaran alam akan menjadi kehidupan alam ini  akan tidak selamat untuk didiami.

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 3




3.a.i. Dua faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyyah
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir negara
  • Kestabilan ekonomi yang mantap dapat membangunkan negara
  • Ketenteraan yang kuat dan berdisiplin dapat menjaga keamanan negara
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan rakyat untuk mempertahankan agama islam
  • Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat telah melicinkan pentadbiran negara
3.a.ii. Dua peranan generasi sekarang untuk mengembalikan kegemilangan Islam
  • Menuntut ilmu pengetahuan dengan besungguh-sungguh 
  • Menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang 
  • Berusaha untuk menjadi rujukan kepada orang ramai
  • Mengamalkan akhlak terpuji dalam kehidupan
  • Mengelakkan diri daripada perkara negatif  yang merosakkan masa depan
3.b.i. Riwayat hidup Jamaludin Al-Afghani;
  • Nama penuh beliau ialah Sayyid Jamaludin bin Safdar Al-Afghani. 
  • Dilahirkan pada tahun 1254H/1838M 
  • Tempat lahir beliau ialah perkampungan As’ad Abad,Kabul 
  • digelar ‘Sayyid’ kerana salsilah keturunan beliau bersambung dengan Ali k.w. dan Rasulullah s.a.w. juga bersambung dengan Imam At-Tarmizi,ulama hadis yang terkenal. 
  • Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M(60 tahun)

3.b.ii. Dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran dan gerakan Islam;
  • Merupakan penggerak perjuangan menentang penjajah.
  • Telah merantau ke beberapa buah Negara untuk menyatukan umat Islam dan mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah melalui pidatonya yang bernas.
  • Menghasilkan karya ilmiah yang bermutu untuk tatapan umat Islam hingga kini.
3.c.i. Dua adab dengan Rasulullah
  • Berselawat kepada Nabi
  • menziarahi makam Rasulullah
  • Mengasihi para sahabat Baginda
  • Beriltizam dengan sunnah Rasulullah
3.c.ii. Dua kerugian terhadap orang yang mengabaikan adab dengan Rasulullah
  • Tidak syafaat Rasulullah di akhirat nanti
  • terhapus pahala dan kebaikan
3.c.iii. Sebab umat islam diperintahkan beramal dengan  sunnah Rasulullah SAW
  • Umat  islam mesti mengikut segala Sunnah Rasulullah SAW . kerana Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang baik. Namun begitu kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran islam. Oleh itu , kita hendaklah beriltizam dengan amalan sunnah nabi. 

23.9.16

PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 1


SOALAN 1 a

1a i  .  Maksud ajaran sesat ialah ajaran  didakwa sebagai ajaransedangkan hakikatnya bercanggah                  dengan al-Quran dan al-Hadis
1a ii .- Bahai , Qadyani,  Ayah Pin dan Taslim

1 a iii. Dua cara mengatasi ajaran sesat dalam masyarakat
           - Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam agar tidak mudah terpengaruh  dengan ajaran                  sesat
           -Menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat tidak melibatkan diri dengan ajran sesat

SOALAN 1 c iii

Berikan contoh amalan khurafat dalam masyarakat dan ramalkan apa yang berlaku sekiranya amalan ini terus berleluasa

JAWAPAN
     Mempercayai azimat mempunyai kuasa untuk menghalang bala. Ini m.enyebabkan mereka melupakan pergantungan kepada Allah. Kesimpulannya kita hendaklah menjauhi perkara kerut yang boleh merosakkan akidah.


PERCUBAAN KELANTAN 2016 KERTAS 1B : SOALAN 2


          
 2.a.ii. Maksud upah haji ialah  mengerjakan haji  bagi pihak            orang lain
         
2.a.ii. Dua hikmah upah  haji  ialah mengupah orang mengerjakan haji                                                             
  • memberi peluang kepada orang sakit yang tiada harapan sembuh dapat mengupah orang mengerjakan haji
  • memberi peluang kepada ahli keluarga berbakti kepada kedua ibu bapa mereka
2.b.i. Hukum mengadakan akikah ialah sunat muakkad

2.b.ii. Dua perkara sunat semasa melakukan akikah

  • berdoa ketika menyembelih
  • menyembelih ketika matahari naik
  • daging dimasak manis dan dibuat kenduri
  • dilakukan pada hari ketujuh
2.b.iii. Dua perbezaan antara akikah dan sembelihan
 Akikah
 sembelihan
 Hukum: sunat muakkad
Hukum: Wajib 
 Binatang al-An'am
 Binatang halal dimakan
 Tujuan: tanda bersyukur
 Tujuan:Untuk dimakan dagingnya

2.c.i. Satu contoh perbutan nusyuz
  • Isteri keluar rumah tanpa izin suami
  • Isteri enggan melayan suami di tempat tidur

2.c.ii. Kesan nusyuz kepada isteri
  • Dilaknat oleh Allah
  • Terdedah kepada tindakan kasar oleh suami
  • dipandang hina oleh masyarakat
2.c.iii. Nusyuz menyumbang ke arah keruntuhan rumahtangga dalam masyarakat

Jawapan
Hubungan suami isteri akan runtuh. Ini kerana mereka saling mencurigai satu sama lain. anak-anak akan terlibat dengan gejala negatif seperti penagihan dadah. Oleh itu, perbuatan nusyuz memberi kesan yang  negatif kepada pasangan tersebut

SOALAN PERCUBAAN 2016
KELANTAN S1 S2

.







27.8.16

Pelaburan saham menurut pandangan Islam

a. Saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba t4/p19
b. Mesti mengelak daripada saham yang mempunyai pelaburan dalam industri perjudian atau perkara yang haram
c. Saham yang dibeli tidak mempunyai unsur spekulasi
d. Pelaburan saham bukan dalam syarikat yang berurusniaga dalam perkara haram
e. Saham bukan dilaburkan dalam bank konvensional

20.5.16

Terangkan dua kesan negatif ajaran tersebut terhadap orang yang mengamalkannya

Dua kesan negatif ajaran tersebut terhadap orang yang mengamalkannya ialah :
-          Rosak akidah kerana tidak mempercayai keesaan Allah
-          Masa terbuang kerana melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat
-          Minda tertutup kerana dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu

-          Kehidupan tidak stabil kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri atau ibubapa.

AKIDAH T5

t5 set1  set1/1

Nyatakan dua contoh ajaran sesat di Malaysia.

-          Qadiani
-          Bahai
-          Taslim

AKIDAH T5 


 contoh ajaran sesat  t5 set1                                                                                     

Orang yang terjebak dengan ajaran sesat akan mendatangkan kerugian kepada diri dan masyarakat. Apakah yang dimaksudkan dengan ajaran sesat.

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam / (1m) sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.(1m)
 t5 ajaran sesat.                          

2.5.16

Ramalkan keadaan ekonomi negara jika semua pihak menjauhi amalan riba

Ekonomi negara akan kukuh kerana semua pihak mengamalkan muamalah yang berlandaskan syariat sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”. Oleh itu, kita mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan tegas keatas orang yang mengamalkan riba agar


riba t4 set1 set1/1

Dua faktor yang menyebabkan seseorang itu terlibat dengan riba :

-          Jahil tentang hukum pengharaman kerana tidak menuntu ilmu

-          Lemah iman kerana terpengaruh dengan kemewahan dunia 

riba t4 se1 set1/1

Dua jenis riba beserta contohnya

-          Riba Al-Fadlu  : Contoh Pertukaran beras dengan beras

-          Riba An-Nasiah : Contoh menangguhkan tempoh pembayaran hutang

AKIDAH T4 t4 set1  set1/1  /RIBA

Riba merupakan perbuatan yang dilarang dalam Islam.

  1. Nyatakan duajenis riba beserta contohnya.  
  2. Terangkandua faktor yang menyebabkan seseorang itu terlibat dengan riba
  3. Ramalkan keadaan ekonomi negara jika  semua pihak menjauhi amalan riba

5.1.16

Kemanisan iman - KBAT

Keluarga akan aman dan harmoni kerana semua ahli keluarga taat kepada perintah Allah swt.seperti solat berjemaah, usrah keluarga , tadarus al-quran dan saling sayang menyayangi. Oleh itu, nasihat menasihati dalam kalangan ahli keluarga sewajarnya diamalkan supaya setiap perlakuan tidak terkeluar dari landasan Islam.
AKIDAH T5 Kemanisan iman