PERBICANGAN

6.8.17

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur anda singgah di Ayer Keroh membeli durian. Sampai di rumah, empat daripada sepuluh biji durian yang anda beli, buruk dan tidak elok. 

Sebagai seorang pengguna bijak apakah tindakan anda untuk memberi pengajaran kepada peniaga yang suka menipu.
ktt4
Contoh jawapan

Membuat laporan kepada persatuan pengguna kerana ada penipuan dalam masyarakat . Dengan cara ini, pengguna lain tidak tertipu jika penjual tersebut diambil tindakan yang sewajarnya . Oleh itu, kita hendaklah bertanggungjawab melaporkan sebarang penipuan agar pengguna tidak berasa kecewa.

kbat spm pi penislam




Ramalkan apakah yang akan berlaku jika perkara ini berterusan.
ktt4
Contoh jawapan

Pengguna akan berada dalam kesusahan kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut terutama ketika dalam kecemasan .Sebagai contoh, untuk menghubungi pihak polis, hospital atau bomba, menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan disaat mereka sangat memerlukan. Oleh itu, hendaklah kita menggunakannya dengan sebaik mungkin agar ia dapat digunakan oleh orang ramai  serta melaporkan sebarang  vandalisme yang berlaku.

contt0h sooalan dajawat kbat spm

Rakan sekelas anda meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Anda sebagai ketua kelas akan menziarahi jenazah selepas waktu persekolahan. Cadangkan nasihat anda kepada rakan sekelas apabila berada di rumah jenazah.
ktt4
Contoh jawapan
Hendaklah bersabar dengan musibah yang diterima olah Allah SWT, kerana setiap musibah semuanya adalah ketentuan tuhan. Semoga keyakinan seperti ini menepati  dengan hadis Rasulullah SAW "sabar itu separuh dari iman" . Oleh itu, kita hendaklah yakin dengan kehendak Allah SWT dengan  sabar agar tergolong dari kalangan orang-orang yang beriman

CONTOH JAWAPAN KBAT SPM



Terdapat pihak atau golongan yang secara terang-terangan menghina dan memperlekehkan Rasulullah s.a.w. Mereka mengeluarkan pelbagai kenyaatan dalam facebook yang mengguris perasaan umat Islam. 

Ramalkan bagaimana keadaan masyarakat sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan.

KBATT4  ktt4
CONTOH JAWAPAN
Masyarakat akan berpecah belah kerana umat Islam tetap mempertahan Rasulullah s.a.w. Seterusnya akan mengakibatkan tiada kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat. Oleh itu pihak yang berwajib dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani isu tersebut seperti firman Allah yang bermaksud “ bekerjasamalah dalam melakukan kebaikan dan bertaqwa”