PERBICANGAN

16.10.13

Faktor perbuatan nusyuz sering berlaku


  • cetek ilmu pengetahuan di kalangan suami isteri
  • Isteri sering mengikut hawa nafsu
  • Tiada tolak ansur antara suami isteri
terengganu
it5 nusyuz percubaan16

Contoh perbuatan nusyuz


  • Isteri enggan melayan suami di tempat tidur
  • Isteri keluar rumah tanpa izin suami
terengganu
it5 nusyuz percubaan16 

11.10.13

Nikah :

Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

Nikah it5

Meminang :

Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.

Meminang it5

Ijab :

Lafaz yang diucapkan oleh wali seperti “ Aku nikahkan engkau dengan anakku….dengan mas kahwin……ringgit tunai “

Ijab it5

Qabul :

Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti “aku terima nikah…. Dengan mas kahwin… tunai”.

Qabul kabul it5

Mahar :

 Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau suatu yang bernilai selepas akad nikah.

Mahar  it5

Mahar musamma :

 Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Mahar musamma it5

Mahar mithil :

 Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.

Mahar mithil it5

Walimatul urus :

Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

Walimatul urus IT5

Talak :

 Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna keduanya.

Talak Talak IT5

Talak sunni :

Talak yang sesuai dengan peraturan syarak 

iaitu suami yang menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isterinya suci dari haid dan nifas dan tidak disetubuhi

Talak sunni it5

Talak Bid’i :

Talak yang menyalahi peraturan syarak

 iaitu sama ada:
  • suami yang menceraikan isterinya ketika haid, nifas 
  • atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya 
  • atau menceraikannya dengan talak tiga ssekali gus.

Talak Bid’i  bidi  it5

Talak raj’ie :

 Talak satu dan dua yang belum tamat tempoh iddahnya.

Talak raj’ie raji it5

Talak Bain Sughra :

 Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru. ( Merangkumi khuluk, fasakh, iilak, talak raj’ie yang tamat tempoh iddah dan talak sebelum bersetubuh.

Talak Bain Sughra it5

Talak Bain Kubra :

 Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

Talak Bain Kubra it5

Talak taklik :

 Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

Talak taklik it5

Rujuk :

 Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan kepangkuannya.

Rujuk it5

Iddah :

 Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan sauaminya.

Iddah it5

Fasakh :

 Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

Fasakh it5

Khuluk :

Perceraian antara suami dan isteri dengan lafaz talak atau khuluk, kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.

Khuluk it5

Nusyuz :

Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Nusyuz it5

10.10.13

Zihar :

Suami yang menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya

Zihar it5

Li’an:

 Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.

Li’an it5

Poligami :

 Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih dari empat orang isteri pada satu masa. 

Poligami it5

Undang-undang keluarga Islam :

 Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

Undang-undang keluarga Islam it5

Anak angkat :

 Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.

it5   Anak angkat :

Hadanah :

 Hak penjagaan anak anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri .

Hadanah nikah

9.10.13

Haji :

Mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Haji 

Umrah :

 Menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

Umrah haji

Upah Haji :

 Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

Upah Haji 

Wukuf :

Berada di padang Arafah walaupun hanya sekejap antara tergelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah.

Wukuf haji

Tawaf :

 Mengelilingi baitullah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah 

Tawaf haji

Tawaf Qudum :

Tawaf selamat datang.

Tawaf Qudum haji

Tawaf Ifadah ( Tawaf rukun) :

 Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.

Tawaf Ifadah haji

Tawaf Wida’:

 Tawaf selamat tinggal

Tawaf Wida’: haji

Tawaf sunat :

 Tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Tawaf sunat :
haji

Saie :

 Berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak tujuh kali.

Sai'e  sai'i haji

Rukun Haji :

Amalan yang mesti dilakukan dalam ibadat haji dan jika tertinggal salah satu daripada rukunnya, hajinya tidak sah.

Rukun Haji 

Syarat wajib Haji :

 Syarat-syarat yang mewajibkan sesaorang melakukan haji dan umrah.

Syarat wajib Haji 

Wajib haji :

 Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal salah satu daripadanya hajinya sah tetapi dikenakan dam..

Wajib haji 

Mikat :

 Sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji dan umrah.

Mikat haji

Mikat Zamani :

 Sempadan masa bagi jamaah haji memulakan niat ihram.

Mikat Zamani haji

Mikat makani :

 Sempadan tempat bagi Jamaah haji memulakan niat ihram.

Mikat makani haji

Bermalam di Muzdalifah :

 Berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 zulhijjah iaitu selepas waktu wukuf di padang Arafah dan sebelum terbit fajar.

Bermalam di Muzdalifah : haji

Bermalam di Mina :

 Baermalam di Mina pada hari Tasyrik iaitu pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Bermalam di Mina : haji

Haji Ifrad :

 Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah.

Haji Ifrad :

Haji Tamattuk :

 Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji dan diikuti mengerjakan haji.

Haji Tamattuk Haji Tamattu'

Haji Qiran :

 Mengerjakan ibadat haji dan Umrah secara serentak.


Haji Qiran :

Dam :

 Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahn semasa mengerjakan haji atau umrah, kerana meninggalkan perkara wajib haji atau umrah atau melakukan perkara-perkara larangan ihram.

haji Dam :

6.10.13

pencapaian Ibnu Sina dalam bidang perubatan

  • penemuan penyakit baru dan puncanya
  • penemuan dalam bidang farmasi
  • pembangunan teknologi perubatan
pencapaian beliau dalam bidang perubatan ibnu Sina

Kepentingan berpegang dengan akidah ahli al-sunnah waljammah :

  • dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan /kesesatan
  • asas kepada penerimaan amalan kerana bersandarkan kepada akidah yang benar 
  • hidup diredhai allah swt   kerana berada di jalan yang benar
Dua kepentingan berpegang dengan akidah ahli al-sunnah waljammah :

Tokoh yang memasyurkan nama ahli al-suinnah Waljamaah:

  • imam abu al-hassan al-asy’ari
  • imam abu mansur al-maturidi             
Tokoh yang memasyurkan nama ahli al-suinnah Waljamaah:            aswj

2.10.13

Khalifah-khalifah Bani Umaiyyah sangat mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan.

Empat tokoh ilmuan yang terkenal pada zaman tersebut.

  • Khalil bin Ahmad
  • Sibawaih
  • Imam Abu Hanifah
  • Farazdak

SPM 2005 spm05 spm2005 tbu
bii

Terangkan dengan ringkas sejarah penubuhan kerajaan Bani Umayyah.

Sejarah penubuhan kerajaan Bani Umayyah:

  • Saidina Ali memecat Muawiyah bin Abi Sufian yang menjadi Gabnor di Syam.
  • Muawiyah menentang tindakan tersebut menyebabkan peperangan Siffin , Majlis Tahkim dan terbunuhnya Saidina Ali.
  • Saidina Hasan bin Ali dilantik menjadi khalifah dan kemudiannya Saidina Hasan menyerahkan jawatan kepada Muawiyah dengan syarat tertentu
  • Muawiyah dilantik sebagai khalifah yang pertama



SPM 2005 SIRAH T4  3bi spm05 spm2005 tbu /SIRAH

1.10.13

Nyatakan dua faktor yang mendorong kegemilangan kerajaan bani Umaiyah.

Jelaskan dua kesan positif  kegemilangan kerajaan bani Umaiyah terhadap masyarakat zaman itu.

Kesan positif kegemilangan pemerintahan Bani Umaiyah terhadap masyarakat pada zaman itu.
  • Lahirnya sarjana-sarjana Islam yang pakar /dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
  • Peningkatan ekonomi rakyat /melalui usaha yang dilakukan oleh khalifah
  • Rakyat dapat menikmati kemudahan/ yang disediakan oleh kerajaan
SPM 2011 spm11 spm2011 tbu /SIRAH

Jelaskan dua perbezaan sistem ketentraan pada zaman kerajaan bani Umaiyah dengan kerajaan khulafa al-Rasyidin



 Kerajaan Bani Umaiyah
 Kerajaan Khulafa‘ Al-Rasyidin
Mengutamakan orang Arab
 Pemilihan secara sukarela
Dilatih berperang di musim panas dan sejuk
 Tidak memberi keutamaan kepada sesuatu bangsa
Pada awalnya pemilihan secara sukarela tetapi akhirnya kerahan tenaga kepada rakyat Arab yang cukup syarat
 Latihan ketenteraan dilakukan secara umum

SPM 2010 /SIRAH

Kekuatan ekonomi pada zaman kerajaan bani Umaiyah banyak bergantung kepada sektor pertanian dan perdagangan.

Jelaskan dua usaha yang dilakakan oleh kerajaan bani Umaiyah untuk mengukuhkan kedua-dua sektor tersebut.

Dua usaha yang dilakakan oleh kerajaan bani Umaiyah untuk mengukuhkan sektor pertanian.
  • Membina tali air dan saliran untuk mengairi kawasan pertanaian
  • Melakukan penyelidikan dalam bidang pertanian dan penternakan   untuk meningkatkan prodiktiviti



Dua usaha yang dilakakan oleh kerajaan bani Umaiyah untuk mengukuhkan sektor   perdagangan.

  • membina jaringan  jalan raya dan pelauhan bagi kemudahan persinggahan kapal
  • Membina kapal-kapal khas untuk melindungi pedagang yang melalui jalan laut daripada ancaman lanun
spm2012 spm spm12 tbu

Kemajuan pendidikan pada zaman kerajaan bani Umaiyah telah memberi kesan kepada pendidikan seluruh dunia.

Nyatakan dua contoh  selain daripada kemajuan pendidikan
  • Khalifah mengemas kini Baitulmal
  • Jumlah tentera diperbanyakkan
  • Saliran dibina oleh kerajaan untuk mengairi kawasan pertanian
SPM 2009 SIRAH T4 /SIRAH
 bani Umaiyah telah memberi kesan kepada pendidikan  spm2009 spm09 spm tbu

Keraajaan umaiyah memberi sumbangan besar pada tamadun Isiam.

Terangkan dua faktor kegemilangan tamadun islam pada zaman kerajaan bani Umaiyah


  • JAWAPAN 
  • Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah dalam mentadbir dan memajukan negara
  • Kedudukan ekonomi yang stabil dan mantap 
  • Ketenteraan yang kuat dan berdisipl 
  • Semangat jihad yang tinggi di kalangan rakyat 
  • Penguasaan rakyat dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
  • Perhubungan yang baik antara kerajaan dan rakyat



SPM 2007 SIRAH T4  spm2007 3.a. TBU  spm07   /SIRAH 
 tbu

1.1.13

Sebab amalan sihir dilarang dalam Islam

  • membatalkan akidah seseorang muslim 
  • mewujudakn perpecahan dalam masyarakat 
  • berleluasanya amalan buruk seperti fitnah dan hasad dengki 
  • Tidak yakin dengan Allah SWT sebagai tempat mengadu dan penggantungan yang sebenar 
  • menjadikan syaitan sebagai medan untuk menyampaikan hajat buruk
/sihir

Blog Archive